Rujukkan Rakan adalah program rujukan yang mendorong pengguna untuk berkongsi Milieu Surveys dengan orang lain.
- Rakan anda perlu memasukkan kod rujukan anda (peka huruf besar/kecil) semasa mendaftar akaun dengan milieu. Ia boleh dibuat melalui Facebook atau e-mel :)
- Anda akan menerima e-mel setelah mereka berjaya
- Mereka kemudian perlu menyelesaikan 7 tinjauan
- Setelah 7 tinjauan tersebut diselesaikan (tidak termasuk Hot Topics dan Kuiz), 500 mata akan dikreditkan secara automatik ke akaun anda dan akaun rakan anda. Kami juga akan menghantar e-mel pemberitahuan sebaik sahaja proses ini selesai!
Sekiranya anda tidak menerima e-mel pertama, terdapat beberapa kemungkinan:
- Rakan anda mungkin tidak memasukkan kod rujukan dengan tepat
- Rakan anda mungkin telah mengabaikan bahagian di mana mereka perlu memasukkan kod rujukan
- Rakan anda mungkin belum melengkapkan 7 tinjauan (tidak termasuk Hot Topics dan Kuiz).
Malangnya, sistem kami tidak membenarkan kod rujukan ditambahkan ke dalam akaun secara manual atas alasan keselamatan. Namun, anda masih boleh memperoleh mata dengan berkongsi kod rujukan anda dengan orang lain! :)